Pengenalan Kepada Kaveat Persendirian
Apa itu "Kaveat Persendirian"?
Kaveat yang dimasukkan oleh individu atau sebuah badan yang mempunyai kepentingan ke atas pemilikan hertanah tersebut. (Seksyen 322)
Kaveat Persendirian boleh dimasukkan oleh Pendaftar atas permohonan orang atau badan yang berikut:-
(a) Mana-mana orang atau badan yang menuntut hakmilik atau apa-apa kepentingan yang boleh daftar
(b) Mana-mana orang atau badan yang menuntut hak mendapat faedah dibawah mana-mana amanah yang melibatkan tanah atau kepentingan
(c ) Penjaga atau orang yang mewakili mana-mana remaja yang menuntut hak mendapat faedah dibawah mana-mana amanah yang melibatkan tanah atau kepentingan .
Kesan-kesan kaveat Persendirian melarang perkara-perkara berikut:
(i ) Pendaftaran suratcara urusniaga dan juga pendaftaran sijil jualan tanah berkenaan,
(ii) kemasukan endosan berkenaan tuntutan bebas daftaran dan
(iii) kemasukan kaveat pemegang lien.
Contoh Borang 19B
Apa Prosedur Permohonan Kaveat Persendirian?
SEKSYEN 324
(1) Pendafaftar hendaklah mencatatkan dia atas mana-mana permohonan di bawah seksyen 323 waktu bilamana ia diterima (iaitu dalam kes mana mana permohonan yang dikirimkan melalui pos,waktu bilamana ia dikeluarkan dari sampulnya di Pejabat Pendapat Pendaftaran atau,mengikut mana-mana yang berkenaan,Pejabat Tanah) dan tertakhluk kepada subseksyen (2) seksyen 329,hendaklah secepat mungkin selepas itu(dan tidak payah terlibat menyiasat kesahan tuntuan atas mana ia didasarkan )memberi kuasa kepadanya dengan memasukkan kaveat yang dipohonkan itu dengan cara yang diperuntukkan oleh subseksyen (2)
(2) Pemasukan mana –mana kaveat sendirian hendaklah dikuakuasakan dengan pengendorsan di atas dokumen hakmilik daftaran,di bawah tangan dan meterai Pendaftar,dengan perkataan “Kaveat Sendirian” bersama –sama dengan suatu kenyataan yang menyatakan
(a) Sama ada kaveat itu mengikat tanah itu sendiri atau suatu bahagian tanah yang tak dipecahkan,atau suatu kepentingan khusus didalamnya sahaja
(b) Orang atau badan atas permohonan siapa ia dimasukkan
(c) Waktu sejak mana ia berkuatkuasa (iaitu waktu penerimaan permohonan itu,seperti yang icatatkannya diatasnya menurut subseksyen (1)
(d) Rujukan dibawah mana permohonan itu difailkan
(3) Secepat yang mungkin selepas pemasukan apa- apa kaveat sedemikian,Pendaftar hendaklah menyampaikan pemberitahuan dalam Borang 19a kepada tuan punya tanah atau satu bahagian tanah yang tidak dapat dipecahkan yang terikat dengan demikian atau,dalam kes suatu kaveat yang mengikat satu kepentingan khusus sahaja,kepada orang atau badan dalam siapa kepentingan itu adalah buat masa itu tertakhluk
Contoh Borang 19A
Bagaimanakah kaveat persendirian akan ditamatkan?
Seksyen 325 menyatakan pemasuk kaveat.pada bila –bila masa boleh memohon kepada Pendaftar untuk menarik balik kaveat persendirian melalui Borang 19 G beserta bayaran .
Kesan Kaveat Persendirian?
Kaveat persendirian boleh tamat dengan beberapa cara iaitu :
· Penarikan balik iaitu apabila kaveat ditarik balik oleh pemohon atau wakilnya melalui borang 19D
· Pembatalan oleh Pendaftar apabila pendaftar memootong kaveat tersebut berdasarkan seksyen 326. Pembatalan dengan cara ini berlaku atas permohonan dari pemunya tanah terjejas akibat dari kewujudan kaveat. Pihak tersebut boleh memohon kepada Pendaftar dengan menggunakan borang 19H. Pendaftar kemudiannya menghantar kepada pemohon kaveat satu notis cadangan pembatalan kaveat dalam boring 19C.
Kaveat tersebut akan tamat apabila habis tempoh dua bulan dari notis tersebut,kecuali jika tempoh tertentu merupakan kepentingan yang boleh dikaveatkan. Dalam kes ini,kepentingan ini dikuatkan lagi dengan fakta bahawa responden telah menunjukkan keinginan untuk membeli dengan menyatakan kesedian memberikan wang pendahuluan dan membuat draf perjanjian.
Contoh Kes?
Dalam kes perjanjian Macon Engineers Sdn Bhd lwn Goh Hooi Yin [1976] 2 MLJ 53, mahkamah membenarkan kaveat yang dimasukkan untuk melindungi pembeli yang hanya membayar wang deposit bagi melindungi haknya di bawah kontrak, mahkamah menganggap bahawa selagi ada perjanjian yang sah,pembeli tanah berhak untuk mendapatkan kaveat bagi melindungi kepentingannya .
Pembatalan Kaveat Persendirian Oleh Pihak Mahkamah
(i) Penarikan balik kaveat oleh sipemasuk kaveat
(ii) Permohonan oleh orang yang kepentingannya terikat oleh kaveat kepada pendaftar.
(iii) Arahan mahkamah
(iv) Luputnya kaveat persendirian iaitu selepas 6 tahun.
Contoh Borang 19G
0 comments :
Powered by Blogger.
Any Comments?
Labels
Search This Blog
About Me
Followers
Popular Posts
-
Apa itu Kaveat " Pemegang Lien" ? Kaveat pemegang lien berperanan untuk melindungi kepentingan pemegang lien. Pemegang lien a...
-
Apa itu Kaveat Pendaftar? Menurut Seksyen 319 – 320 di dalam Kanun Tanah Negara 1965 Kaveat Pendaftar adalah kaveat yang dimasuk...
-
Apa itu "Kaveat Amanah"? Merupakan kaveat yang dimasukkan bagi melindungi harta amanah. Contohnya seperti harta-harta dal...
-
Apa itu "Kaveat Persendirian"? Kaveat yang dimasukkan oleh individu atau sebuah badan yang mempunyai kepentingan ke atas pem...
-
Menurut Seksyen 334 KTN 1965 mendefinisikan perintah larangan, Arahan yang dibuat oleh mahkamah yang mempunyai bidangkuasa, mengikut...
-
Apa itu Kaveat? Terdapat dua halangan urus niaga yang ditetapkan oleh Kanun Tanah Negara 1965 iaitu kaveat dan perintah larangan. ...
-
1.0 Pembatalan Perintah Larangan kerana Tamat Tempoh Menurut Seksyen 338 KTN 1965, Ø Tiap-tiap perintah larangan hendaklah luput ...
-
Contoh Kes "Kaveat Amanah" Kebanyakannya kes kaveat amanah ini berkait rapat dengan kes tanah pusaka dimana tanah ini diwarisk...
Contact

statistics
Google Plus
Facebook
Twitter
Post a Comment