Kaveat Pemegang Lien

Apa itu Kaveat "Pemegang Lien"?

Kaveat pemegang lien berperanan untuk melindungi kepentingan pemegang lien. Pemegang lien adalah orang yang menerima dokumen hakmilik keluaran yang didepositkan (diserahkan) oleh penghutang sebagai cagaran pinjaman. (s. 281)

Prosedur Memasukkan Kaveat Pemegang Lien

Pemegang lien boleh memohon kepada Pendaftar melalui Borang 19D, diakusaksi, dilampirkan dengan dokumen hakmilik keluaran atau pajakan pendua dan bayaran.

Pendaftar akan membuat catatan masa penerimaan, masukkan kaveat dan hantar notis (B 19A) kepada tuan tanah.

Jika ada kaveat persendirian, kaveat Pendaftar, kaveat amanah atau perintah larangan, kaveat pemegang lien tidak dapat dimasukkan.

Apa kesan apabila kaveat dimasukkan?

Kesan kaveat pemegang lien adalah sama dengan kesan kaveat persendirian iaitu menghalang sebarang bentuk urusniaga ke atas tanah tersebut bermula dari tarikh kaveat berkuatkuasa. Jika kaveat tidak dimasukkan, Sesutu lien itu akan diiktiraf sebagai lien ekuiti. Pemegang lien tetap boleh melaksanakan hakknya dengan memasukkan kaveat.

Contoh Kes?

Dalam kes Mercantile Bank Ltd lwn Official Assignee (1969) 2 MLJ 196, Mahkamah memutuskan bahawa pemegang lien yang tidak memasukkan kaveat tetap dilindungi di bawah prinsip ekuiti dengan syarat bahawa terdapat niat dan deposit dokumen hakmilik keluaran.

Bagaimana Kaveat tersebut ditamatkan?

Kaveat pemegang lien tamat dengan sebab-sebab berikut:

  • ditarik balik oleh pemegang lien
  • dibatalkan oleh Pendaftar bila hutang telah dibayar sepenuhnya
  • bila tanah dijual melalui perintah jualan

0 comments :

Post a Comment

Cancel Reply
Powered by Blogger.

Any Comments?

Search This Blog

Followers

Popular Posts