Pengenalan kepada Kaveat Pendaftar

Apa itu Kaveat Pendaftar?

Menurut Seksyen 319 – 320 di dalam Kanun Tanah Negara 1965
  • Kaveat Pendaftar adalah kaveat yang dimasukkan (didaftarkan) sendiri oleh Pendaftar ke atas Dokumen Hakmilik melalui kuasa budi bicaranya sendiri apabila didapati kemasukkan kaveat itu adalah perlu atau mustahak. 
  • Antara tujuan utama kaveat Pendaftar adalah untuk menghalang penipuan atau fraud, salah nyata dan salah penggunaan borang. 
  • Kaveat ini juga digunakan untuk melindungi kepentingan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri serta pihak yang kurang upaya dan berada di luar negara sebagai contohnya, untuk menghalang urusniaga palsu atau dicurigai daripada berlaku ke atas tanah tersebut. 
  • Kaveat Pendaftar juga boleh digunakan untuk memastikan pembayaran cukai atau apa-apa tunggakan yang perlu di bayar kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri seperti pinjaman perumahan. 


Prosedur Memasukkan Kaveat Pendaftar..
  • Menurut Seksyen 321 KTN 
Pendaftar tidak perlu menunggu permohonan dari mana-mana pihak untuk memasukkan kaveat Pendaftar. Ia boleh dimasukkan dengan inisiatif Pendaftar sendiri iaitu dengan menggunakan Borang 19F. Pendaftar kemudiannya mengemukakan notis melalui Borang 19A kepada pemunya tanah bagi memaklumkan kewujudan kaveat tersebut.

Apa Kesan Kaveat Pendaftar Terhadap Harta Tanah?

Berbeza dengan kaveat persendirian, kaveat Pendaftar dapat menghalang pendaftaran, pemasukan atau apa-apa yang tercatat ke atas mana-mana urusniaga atau kaveat pemegang lien walaupun permohonannya telah dibuat sebelum tarikh kuatkuasa kaveat. Ini bermakna ia mempunyai kesan ke belakang dengan syarat pendaftaran tersebut belum diluluskan lagi. 

Bila Berlakunya Penamatan Kaveat?

Menurut Seksyen 321 (3) 
  • Tempoh kuatkuasa kaveat Pendaftar adalah berterusan selama-lamanya sehinggalah ia dibatalkan sendiri oleh Pendaftar iaitu dengan kehendak sendiri, atas permohonan pemunya tanah atau atas perintah mahkamah. 
  • Perintah mahkamah yang dimaksudkan adalah perintah yang dibuat berasaskan seksyen 418 iaitu rayuan ke atas keputusan Pendaftar dalam tempoh 3 bulan dari tarikh keputusan dibuat.
  • Ketika Pembatalan Kaveat Pendaftar, dokumen-dokumen perlu diserahkan kepada Pendaftar Hakmilik iaitu surat dari Badan/Agensi Kerajaan dan tiada bayaran fi dikenakan.

CONTOH BORANG-BORANG YANG DIGUNAKAN UNTUK KAVEAT PENDAFTAR

  • BORANG 19F – Pendaftar boleh memasukkan kaveat Pendafar ke atas sesuatu tanah tanpa perlu menunggu permohonan dari pemunya tanah.


Contoh Borang 19F
  • Borang 19A – mengemukakan notis kepada pemunya tanah bagi memaklumkan kewujudan kaveat tersebut.
Contoh Borang 19A


CONTOH KES KAVEAT PENDAFTAR

Pada 26 September 2012 - Mahkamah Majistret Negeri Kedah memberitahu bahawa kaveat pendaftar telah dimasukkan oleh Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Muda ke atas tanah milik Encik Mohamad@Ahmad bin Nganan yang terletak di Sungai Petani kerana ditukar hakmilik tanpa kebenaran beliau oleh individu yang tidak dikenali.

Saksi pendakwaan yang ke-10 iaitu Zulfatul Husna Zakaria yang merupakan bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Sungai Petani berkata kemasukan kaveat pendaftar bertujuan mengelakkan sebarang transaksi atau pindahmilik tanah akibat berlakunya tipu daya atau sesuatu urusan jual beli yang tidak sah. Katanya lagi, mekanisme kaveat ini adalah untuk melindungi dan menjamin kepentingan pihak yang teraniaya seperti yang diperuntukkan di bawah Kanun Tanah Negara.

“Saya telah mendapat arahan daripada Tuan Pentadbir Tanah Sungai Petani untuk memasukkan kaveat pendaftar apabila pihak kami menyedari wujudnya penipuan pindahmilik atas tanah tersebut semasa pihak Encik Mohamad membuat carian rasmi ke atas tanah beliau di Pejabat Tanah Daerah Kuala Muda” jelas Zulfatul Husna.

Tertuduh Mohd Ruhuzad Rusdi, Arzahari Shafie, Muhammad Rusli Mat Noh dan Mohd Zahir Zakaria telah didakwa dengan niat bersama untuk menipu Mohamad dengan mengubah hakmilik tanah dengan niat curang yang menyebabkan Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Muda membuat pindahan milik tanah tersebut 6 tahun yang lalu.
Kesalahan di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun serta juga sebatan dan denda.



0 comments :

Post a Comment

Cancel Reply
Powered by Blogger.

Any Comments?

Search This Blog

Followers

Popular Posts