Bila berlakunya pembatalan Perintah Larangan? Bila Jualan Tanah boleh dilakukan?

1.0 Pembatalan Perintah Larangan kerana Tamat Tempoh


Menurut Seksyen 338 KTN 1965,


Ø  Tiap-tiap perintah larangan hendaklah luput apabila habisnya tempoh enam bulan dari tarikh ia dibuat atau di penghujung tempoh seperti yang ditentukan oleh kaedah-kaedah mahkamah melainkan jangka waktunya dilanjutkan oleh suatu perintah yang dibuat menurut kaedah-kaedah mahkamah.
Ø  Namun, suatu perintah yang melanjutkan suatu perintah larangan tidaklah mempunyai kuatkuasa melainkan suatu salinan perintah itu dihadapkan untuk pendaftaran sebelum masa perintah larangan yang kepadanya ia berkait akan lupus jika tidak ada perlanjutan.
Ø  Suatu nota mengenai perlanjutan mana-mana perintah larangan hendaklah diendorskan oleh pendaftar di atas dokumen hakmilik daftaran. Atas usul pendaftar itu sendiri dan atas permohonan mana-mana orang atau badan yang berkepentingan, membatalkan pemasukan di atas mana-mana dokumen daftaran apa-apa perintah larangan yang telah luput menurut kuasa seksyen ini
Ø Tiap-tiap pengendorsan atau pembatalan hendaklah ditandatangan dan dimeteraikan.
2.0 Pembatalan Perintah Larangan oleh Mahkamah

Seksyen 339(1),


Ø Jika suatu perintah larangan ditarik balik pada bila-bila masa oleh perintah mahkamah, pendaftar hendaklah membatalkan pemasukan di atas dokumen hakmilik daftaran dan mencatatkan sebab untuk pembatalan itu dan tarikh baginya apabila menerima suatu salinan perintah penarikan balik.

3.0 Pembatalan Perintah Larangan atas Pendaftaran Pindahmilik oleh Pegawai Mahkamah

Seksyen 339(2),
  • Suatu perintah larangan hendaklah terhenti dari mempunyai kuatkuasa, dan pemasukan perintah itu hendaklah dibatalkan selaras dengannya atas pendaftaran-
    •  apa-apa pindahmilik yang dilaksanakan oleh seorang pegawai mahkamah seperti yng disebutkan dalam subseksyen (1) seksyen 337 KTN, atau

    • apa-apa sijil jualan yang diberi di bawah subseksyen (3) seksyen 259 KTN atau subseksyen (4) seksyen 265 KTN dan berhubungan dengan tanah atau kepentingan yang terjejas oleh perintah itu.

4.0 Pembatalan Perintah Larangan atas Pendaftaran Sijil Jualan

Seksyen 339(3),
  • Pendaftar hendaklah memberitahu mahkamah tentang apa-apa pembatalan yang dikuatkuasakan atas pendaftaran apa-apa sijil jualan dan, dalam apa-apa kes sedemikian, apa-apa jumlah wang baki yang kepadanya subseksyen (3) seksyen 268 patut sebaliknya dipakai hendaklah diselesaikan selaras dengan kaedah-kaedah mahkamah.

Jualan terhadap Tanah yang mengandungi perintah larangan, menurut seksyen 337 KTN,
  • Tiada apa jualan tanah atau kepentingan bagi maksud menyelesaikan apa-apa hutang penghakiman boleh menjadi mutlak sehingga ia telah disahkan oleh suatu perintah yang dibuat menurut kaedah-kaedah mahkamah.
  • Apa-apa perintah sedemikian boleh merupakan kuasa yang mencukupi bagi seorang pegawai mahkamah yang mempunyai bidang kuasa yang kompeten untuk melaksanakan, memihak kepada pembeli dalam jualan itu, instrument pindahmilik yang wajar di bawah akta ini atas nama, dan bagi pihak, penghutang penghakiman.
  • Larangan yang dikenakan oleh mana-mana perintah larangan tidaklah dipakai kepada apa-apa instrument pindahmilik sedemikian.

0 comments :

Post a Comment

Cancel Reply
Powered by Blogger.

Any Comments?

Search This Blog

Followers

Popular Posts