Definisi & Fungsi Kaveat?

  Apa itu Kaveat?
Terdapat dua halangan urus niaga yang ditetapkan oleh Kanun Tanah Negara 1965 iaitu kaveat dan perintah larangan. 

Kaveat adalah halangan urus niaga yang terpenting. Kaveat adalah satu bentuk sekatan yang menghalang pemilik tanah daripada membuat apa-apa urus niaga berhubung dengan tanahnya. Ia adalah satu halangan yang dikeluarkan secara rasmi oleh PBN bagi melindungi kepentingan pihak-pihak yang menuntut hak bersabit dengan tanah berkenaan.

Tujuan Kaveat


a)Menghalang pemilik hartanah daripada membuat urusniaga.
b)Melindungi kepentingan si pemasuk kaveat jika ada kes yang melibatkan kes mahkamah.
c)Amaran  menyatakan si pemasuk kaveat mempunyai kepentingan keatas hartanah berkenaan.



Walaubagaimanapun, kaveat ini hanyalah bersifat sementara sahaja dan belum lagi muktamad, ia merupakan tahanan sementara menantikan kata putus daripada pihak Mahkamah

Apa fungsi "Kaveat" terhadap harta tanah?

Pada umumnya fungsi kaveat adalah seperti berikut:

a.   untuk menyekat pemilik berdaftar daripada membuat sebarang urus niaga berhubung dengan tanahnya.

b.    untuk melindungi kepentingan pengkaveat sama ada ke atas kepentingan yang terbukti ada, kepentingan yang dikatakan ada (tetapi belum dibuktikan) atau kepentingan yang belum zahir, sehingga tuntutannya ke atas pemilik berdaftar diputuskan oleh mahkamah. Namun demikian kaveat tidak mengukuhkan tuntutan itu.

c.    sebagai satu notis kepada umum bagi memaklumkan tuntutan pengkaveat di atas tanah itu dan memaklumkan bahawa pemunya berdaftar tertakluk kepada kepentingan yang dilindungi oleh kaveat itu. Dengan itu, mereka yang ingin berurus niaga dengan pemunya tanah perlu berhati-hati bagi mengelakkan kerugian dan kesulitan.

d.    untuk membekukan status quo pihak-pihak bertelingkah sehingga hak dan kepentingan mereka diputuskan oleh mahkamah.

Sesuatu kaveat akan menyebabkan kebebasan penanggung kaveat iaitu pemilik tanah untuk berurus niaga dengan tanahnya adalah tersekat sehingga mahkamah membuat keputusan. Kaveat dikeluarkan secara ex parte oleh Pendaftar yang bertindak secara pentadbiran tanpa campur tangan mahkamah. 

Ex parte bermaksud cara sesuatu keputusan itu dibuat dengan melibatkan satu pihak sahaja. Ini bermakna sesuatu kaveat itu boleh dikeluarkan walaupun tanpa asas yang kukuh dan keterangan yang mencukupi, dengan syarat dokumen-dokumen yang dikemukakan oleh pemohon adalah memadai dan mengikut. Jika tuan tanah tidak berpuas hati dengan kaveat itu, dia boleh bertindak untuk memohon pembatalan dan menuntut ganti rugi.

Oleh kerana kaveat menyekat kebebasan pemunya berdaftar, maka ia adalah salah satu pengecualian kepada prinsip ‘hak milik tak boleh sangkal. Terdapat empat jenis kaveat yang diperuntukkan oleh KTN iaitu kaveat pendaftar, kaveat persendirian, kaveat pemegang lien dan kaveat amanah.



5 comments :

Jika kita beli hartanah geran kongsi, mana sata jenis kaveat yg sesuain utk melindungi pembeli
Adakah dengan kaveat ini sekiranya pemilik rumah ditipu dalam urusan jual beli akan dijamin untuk ambil semula tanah itu.mohon bantuan Dan pencerahan
Jika tanah yang telah diserahkan oleh ibu angkat kepada anak angkat semasa hidup sebagai pemegang amanah atas dasar kasih sayang kerana anak tersebut dibela dari sejak bayi dan setelah ibu itu meninggal, pertukaran nama dibuat dan tanah tersebut jatuh hak atas nama anak angkat dan selepas 2tahun anak angkat tersebut ingin menjualnya tetapi tanah tersebut di kavead oleh adik ibu angkatnya selepas setahun setelah pertukaran nama berlaku. Jika perkara ini dibawa ke mahkamah untuk membatalkan kavead tersebut, apakah kemenangan akan berpihak pada anak angkat tersebut dan adakah sebarang saman boleh dibuat oleh anak angkat terhadap adik ibu angkat itu?
Bolehkah agen penuntut hutang mengkaveatkan rumah kita,dimana rumah itu diatas nama bapa individu yg berhutang,atas dasar pertalian darah ?

Post a Comment

Cancel Reply
Powered by Blogger.

Any Comments?

Search This Blog

Followers

Popular Posts