Definisi & Fungsi Kaveat?
Apa itu Kaveat?
Terdapat dua halangan urus niaga yang ditetapkan oleh Kanun Tanah Negara 1965 iaitu kaveat dan perintah larangan.
Kaveat adalah halangan urus niaga yang terpenting. Kaveat adalah satu bentuk sekatan yang menghalang pemilik tanah daripada membuat apa-apa urus niaga berhubung dengan tanahnya. Ia adalah satu halangan yang dikeluarkan secara rasmi oleh PBN bagi melindungi kepentingan pihak-pihak yang menuntut hak bersabit dengan tanah berkenaan.
Tujuan Kaveat

a)Menghalang pemilik hartanah daripada membuat urusniaga.
b)Melindungi kepentingan si pemasuk kaveat jika ada kes yang melibatkan kes mahkamah.
c)Amaran menyatakan si pemasuk kaveat mempunyai kepentingan keatas hartanah berkenaan.
Walaubagaimanapun, kaveat ini hanyalah bersifat sementara sahaja dan belum lagi muktamad, ia merupakan tahanan sementara menantikan kata putus daripada pihak Mahkamah
Apa fungsi "Kaveat" terhadap harta tanah?
Pada umumnya fungsi kaveat adalah seperti berikut:
Pada umumnya fungsi kaveat adalah seperti berikut:
a. untuk menyekat pemilik berdaftar daripada membuat sebarang urus niaga berhubung dengan tanahnya.
b. untuk melindungi kepentingan pengkaveat sama ada ke atas kepentingan yang terbukti ada, kepentingan yang dikatakan ada (tetapi belum dibuktikan) atau kepentingan yang belum zahir, sehingga tuntutannya ke atas pemilik berdaftar diputuskan oleh mahkamah. Namun demikian kaveat tidak mengukuhkan tuntutan itu.
c. sebagai satu notis kepada umum bagi memaklumkan tuntutan pengkaveat di atas tanah itu dan memaklumkan bahawa pemunya berdaftar tertakluk kepada kepentingan yang dilindungi oleh kaveat itu. Dengan itu, mereka yang ingin berurus niaga dengan pemunya tanah perlu berhati-hati bagi mengelakkan kerugian dan kesulitan.
d. untuk membekukan status quo pihak-pihak bertelingkah sehingga hak dan kepentingan mereka diputuskan oleh mahkamah.
Sesuatu kaveat akan menyebabkan kebebasan penanggung kaveat iaitu pemilik tanah untuk berurus niaga dengan tanahnya adalah tersekat sehingga mahkamah membuat keputusan. Kaveat dikeluarkan secara ex parte oleh Pendaftar yang bertindak secara pentadbiran tanpa campur tangan mahkamah.
Ex parte bermaksud cara sesuatu keputusan itu dibuat dengan melibatkan satu pihak sahaja. Ini bermakna sesuatu kaveat itu boleh dikeluarkan walaupun tanpa asas yang kukuh dan keterangan yang mencukupi, dengan syarat dokumen-dokumen yang dikemukakan oleh pemohon adalah memadai dan mengikut. Jika tuan tanah tidak berpuas hati dengan kaveat itu, dia boleh bertindak untuk memohon pembatalan dan menuntut ganti rugi.

Oleh kerana kaveat menyekat kebebasan pemunya berdaftar, maka ia adalah salah satu pengecualian kepada prinsip ‘hak milik tak boleh sangkal. Terdapat empat jenis kaveat yang diperuntukkan oleh KTN iaitu kaveat pendaftar, kaveat persendirian, kaveat pemegang lien dan kaveat amanah.
Post a Comment